Selasa, 2 Mei 2017

Cara Terbaik Kawal Darah Tinggi

Penyakit darah tinggi ni merupakan antara penyakit yang banyak dihidapi oleh majoriti rakyat Malaysia.

Tahu tak... darah tinggi ataupun kita panggil hypertension ni merupakan "pembunuh senyap"

Ya Allah, seramnya afzan. Ya korang, afzan tak auta bab ni wokeh sebab penyakit ni tiada gejala yang jelas bila ia menyerang.




Teringat cikgu afzan pernah cerita, beliau pertama kali disahkan ada darah tinggi semasa bersalin anak sulung. Kemudian sakit ni datang serang tiba-tiba pada tahun 2008. Waktu tu beliau dan suami di shopping complex. Beliau rasa badan terhuyung hayang.

Menurut cikgu afzan, doktor ada jelaskan pada beliau jika waktu hamil ada mengalami masalah tekanan darah tinggi ni, bila meningkat usia risiko untuk terkena penyakit ni pun tinggi.

Sebab tu bila kita disahkan tentang sesuatu penyakit, sangat wajar untuk kita ambil tindakan awal. Sekarang ni pun ramai doktor pesan "prevention is better than cure".

Kalau nak tahu, penyakit darah tinggi ni pun penyakit sistemik. Penyakit yang boleh efek ke organ-organ atau sistem badan yang lain. Sebagai contoh darah tinggi tak terkawal boleh akibat serangan jantung, kerosakan buah pinggang & juga boleh mengakibatkan strok.

Kita kena kawal dengan mengetahui punca keadaan ini berlaku.

Pertama sekali kita boleh kawal dengan ubah cara pemakanan & tabiat hidup kita.

  • Kurangkan pengambilan garam dalam menu harian termasuklah dari sumber processed food seperti kicap, sos, mayonis etc..
  • Kawal kalori - ambil tahu kalori setiap makanan yang kita makan boleh bantu proses mengekalkan BMI badan tahap normal
  • Banyakkan serat dalam menu harian - buah-buahan & sayuran
  • Kurangkan makanan kolestrol tinggi seperti makanan bergoreng, makanan laut, organ-organ dalaman & lemak-lemak daging serta minuman berkafein
  • Banyakkan makan sumber tinggi potassium seperti PISANG. Potassium dengan garam adalah musuh ketat tau. Sebab tu siapa amalkan alfalfa juga kurang risiko gemuk air
  • Lakukan aktiviti sihat - hindari rokok, berjalan 10 ribu langkah sehari, sentiasa aktifkan badan dengan melakukan aktiviti pergerakan seluruh badan





Selain itu boleh amalkan pengambilan supplemen seperti VIVIX, OMEGA 3 dan B COMPLEX.

VIVIX - Resveratrol yang tinggi dapat menurunkan trigliserida, LDL dan lemak berlebihan
di dalam darah serta dapat meningkatkan nisbah kolestrol HDL dan LDL.

Selain tu, ia juga berperanan sebagai "pembersih pembuluh darah", membantu menurunkan kepekatan darah dan mencegah daripada pembekuan darah.


OMEGA GUARD - Omega 3 yang ada membantu mencairkan darah bagi memastikan pengaliran darah yang lebih lancar.

Bagi golongan warga emas, kebiasaannya mempunyai masalah salur darah yang keras akibat faktor usia. Dengan omega 3, ia mampu bantu dinding arteri menjadi elastik dan mengelakkan tekanan darah menjadi tinggi.


B COMPLEX - Nutrisi lengkap vitamin B (8 jenis) mampu membantu menjaga kesihatan jantung di samping meredakan tekanan (stress) pada badan. Antara salah satu sebab mudah terjadinya tekanan darah tinggi adalah akibat tekanan perasaan yang memberi efek pada saraf.


Ikhtiar dengan supplemen juga merupakan 1 usaha dalam menjaga kesihatan. Moga kita semua terhindar dari segala penyakit masalah kronik ini. Ambil peduli, kita mampu mengubahnya.






Nak mencuba supplemen yang dicadangkan, boleh klik button esell ni ya. Dan kemudian boleh klik link wasap untuk dapatkan consultation cara makan juga jadual pemakanan harian.




Anda juga boleh mengetahui cara membaca tekanan darah di sini.


Salam Cantik dan Mesra


afzan noor
Owner of AFZAN TOUCH BEAUTY 


www.wasap.my/60195225782


afzan6r@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan