Khamis, 18 Ogos 2016

apa asid folik? kenapa sangat penting untuk ibu hamil?



asid folik adalah sejenis vitamin B9 yang larut air. maksudnya ia sangat mudah larut di dalam air. ia dilakukan melalui salur darah dan dikumuh melalui air kencing. tubuh kita tidak dapat menyimpan asid folik. sebab tu kita perlu sangat ambil vitamin ini setiap hari untuk memastikan pengambilan dalam jumlah yang mencukupi. vitamin B9 ni (termasuk asid folik & folat) adalah penting untuk beberapa fungsi tubuh, antaranya:

  • mensintesis DNA, RNA, dan untuk membaiki.
  • membantu pertumbuhan pesat sel-sel dalam tubuh.
  • menghasilkan sel-sel darah merah yang sihat.
  • mencegah kecacatan kelahiran utama otak & tulang belakang bayi (kecacatan tiub neural, termasuk spina bifida dan anencephaly). sangat penting wanita hamil mengambil asid folik yang mencukupi.
  • meningkatkan kesihatan otak.


kekurangan sel-sel darah merah boleh menyebabkan  anemia


SIAPA YANG PATUT MENGAMBIL ASID FOLIK?

pengambilan & keperluan asid folik sebenarnya bukan hanya untuk wanita hamil sahaja. bagi mereka yang merancang nak hamil pun anda sangatlah memerlukan asid folik ni bagi memastikan pertumbesaran bayi nanti dalam keadaan sihat & sempurna. 

pengarah Mac Dimes, Richard Johnston, Jr MD berkata untuk mencegah kecacatan kelahiran, wanita perlu ambil asid folik sepanjang 4 minggu sebelum hamil. kajian di AS mendapati hampir separuh daripada kehamilan adalah tidak dirancang. oleh itu setiap wanita yang mampu hamil perlu mengambil makanan tambahan harian asid folik. 

kajian lain juga mendapati wanita yang mengamalkan suplimen asid folik ni 12 bulan sebelum hamil dapat mengurangkan risiko kelahiran pra-matang.


RISIKO KEKURANGAN ASID FOLIK

salah satu fungsi asid folik dalam badan kita adalah menghasilkan sel-sel darah merah yang sihat. so bila kekurangan zat ini, badan kita boleh mengalami anemia iaitu kurang darah yang membekalkan oksigen ke tisu-tisu badan kita. nampak tak efek besar asid folik dalam badan kita?




antara tanda-tanda bila kekurangan asid folik ini:
  • rasa lemah
  • keletihan / kelesuan
  • sifat pelupa
  • mudah marah
  • hilang selera makan
  • masalah berat badan
bila zat ini tidak mencukupi dalam badan, maka ia boleh mengakibatkan:
  • risiko serangan jantung
  • kanser perut
  • pengurangan sperma lelaki
  • kemurungan
  • kepadatan tulang rendah
  • risiko strok ( 1 kajian dalam jurnal perubatan melaporkan bahawa menambah asid folik dalam makanan dapat menyumbangkan pengurangan risiko kematian akibat strok ).


SUMBER SEMULAJADI ASID FOLIK

sayuran hijau gelap adalah sumber asid folik yang baik. antara makanan lain yang mengandungi asid folik:
  • asparagus
  • brokoli
  • bayam
  • kubis
  • salad
  • roti yis
  • kuning telur
  • hati (wanita hamil tidak digalakkan mengambil hati)
  • limau
  • roti gandum (biasanya diperkayakan)
tapi malangnya faktor tekanan harian, pengambilan alkohol adan sesetengah ubat preskripsi boleh menyumbang kepada risiko kekurangan vitamin B dalam badan.

oleh itu, mengambil asid folik melalui sumber makanan tambahan seperti B Complex adalah munasabah. dalam Shaklee ada vitamin B Complex yang mana mengandungi asid folik & kesemua 8 jenis vitamin B.




ia mempunyai sistem penyerapan bioaktif iaitu meningkatkan penyerapan asid folik ke dalam badan.

selain itu, B Complex Shaklee mengandungi Biotin & Folate yang mana jarang dimasukkan dalam B Complex lain di pasaran kerana 2 nutrien ini merupakan nutrien yang mahal tapi penting hadir bersama asid folik dalam badan kita. tapi B Complex Shaklee sangat berbaloi kerana harga yang mampu milik walaupun mengandungi nutrien-nutrien yang tiada dalam vitamin lain di pasaran.






salam cantik & mesra

afzan noor
owner of AFZAN TOUCH BEAUTY SPA

019-5225 782

afzan6r@gmail.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan