Ahad, 7 Ogos 2016

ruam pada baby... macam mana nak hilangkan?

ruam pada baby normal terjadi sebab kulit baby yang halus mulus sangat sensitif. yela, selama 9 bulan 10 hari kulit baby dilindungi dengan air ketuban dalam perut mama, tup tup keluar jumpa dunia, hadap pula dengan udara & persekitaran sekeliling yang tercemar ni. tak boleh nak elak dah sayang... mama & papa la yang kena jaga awak.


hi dear... welcome to the world hehe. waktu ni baru 4 hari

mama pun diuji cik kasih dengan ruam. sejak lahir kulit dia sangat cantik. yela, mama berpantang hampir 3 bulan kat kampung. pergh kampung mama kalau korang datang mesti rasa taknak balik hehe. keliling rumah pokok tau. belakang rumah plak sungai. haaa pukul 10 malam sunyi dah. bunyi cengkerik, ratu2 malam je yang berkumandang. eh termelalut ke suasana kampung plak hehehe


nampak tak... rumah dekat dengan nature weh hehe

actually masa cik kasih kena ruam tu dia belum lagi start makan. orang tua2 kata selalu bila start makan baru tumbuh ruam ni sebab alahan. so mama rasa ni ruam panas coz memang waktu tu cuaca bahang sikit. awal tahun kan. mama boleh alert cik kasih kena ruam tu bila dia tergaru2 dada dia. ada bintik2 merah kecil.


masa tu paling cepat nak bubuh kat kulit dia bedak sejuk. mama tempek la kat badan cik kasih. baju pun time tu bagi pakai jenis yang lubang2 punya. anak 1st kan, tak nak bagi pakai rasa tak proper plak huhu... selang beberapa hari, ruam makin teruk. naik sampai ke pipi dia. haaa sudah. kebetulan masa naik kat pipi tu mama bercuti kat kampung. so esok paginya terus bawa cik kasih g klinik desa je.


time ni dah tak berbaju dah anak mama. tangan tu siap kena pakai balik mitten. nak elak dia garu.

waktu ni mama kurang ilmu. nurse sebenarnya taknak bagi sangat pun CALAMINE LOTION sebab dia kata baiknya kalau mama continue dengan bedak sejuk. tapi biasa la, mama ni cepat sedih sikit bila anak nangis, tak selesa. bergaru sana sini plak kan. sedangkan dari cik kasih baby mama tak pernah bagi kat kulit dia bahan2 yang kuat bahan kimia.


sian buah hati mama. surrender dah gaya tidur

hohoho nampak tak kulit pipi dia keringkan. memang losyen tu cepat redakan ruam panas tapi efek yang sadisnya kulit baby jadi kering & kasar. lepas pada tu terus mama tenyeh losyen Buds. cik kasih mama ni pengguna setia Buds dari kecil lagi.

so korang yang ada pengalaman baby kena ruam pada kulit, start la rawat dengan bahan natural dulu. Contoh macam BEDAK SEJUK, AIR DAUN SIRIH, DAUN BIDARA, elak dari pakai baju kain berbulu @ tebal2... pastu paling penting bagi ibu yang breastfeed ni, pantang makan. say NO pada
  • telur
  • ikan bilis
  • seafood
  • ayam
haaa sudah!!! ayam, seafood tak leh makan ni. protein baby nak kaut mana?


rileks mak, umi, ibu, mommy... ada ikan yang korang boleh makan. antaranya: 
  • ikan selar
  • ikan siakap
  • ikan kerisi
  • ikan merah

ESP ni sumber protein

tak suka sangat nak makan ikan ke... so ambil makanan tambahan macam ESP, Meal Shakes & vitamin C. kulit baby plak boleh tenyeh dengan Herbablend. haaa kan mudah tu. tak perlu risau nak cari kat mana. contact je mama cik kasih. siap mama boleh bagi tips lebih lagi. Apa yang penting detect dulu baby korang kena ruam apa ya.



salam cantik & mesra

afzan noor
owner of AFZAN TOUCH BEAUTY SPA

019-5225 782

afzan6r@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan