Jumaat, 5 Ogos 2016

ROTAVIRUS? Bahaya ke?

ush lamanya tak update blog. dah bersawang berdebu dah halaman ni huhu. ni akibat busy sambut puasa, raya, open house, birthday party.... haaaa banyaknya pasal bab makan kan. patut la lemau je nak update blog kan. hmmm nak kena ni.

tapi memang dah terkena kan... sian cik kasih kami. dari 19 July sampai 1 August dia kena ceri-beri aka diarrhea yang sangat cair (sampai tembus pampers hokey). sebelum dia berumur 2 tahun ni tak pernah kena ceri-beri macam ni. hoiii memang mama scary la. dah kenapa anakku ni kan. salah makan ke, ada mengutip makan apa-apa ke, kena 'hembusan orang' ke... macam2 la terpikir waktu tu.

KRONOLOGI:

19/7 : 3.00 pagi

cik kasih menangis tak keluar air mata pun. tapi berpanjangan. waktu ni kami kat kampung. mr.H tak sedap hati takut kacau babyD tidur, so angkat la cik kasih tidur kat depan atas toto je. ntah macam mana tiba2 dia muntah. keluar makanan yang last dia makan malam tu (buah salak & nasi). 2 kali plak tu muntah. 1st terkena sikit toto opah dia. 2nd masa mr.H nak bawa g bilik air.
masa ni mama cek suhu badan. tak demam pun. just 36.7 je. kira normal la kan. so pikir maybe perut dia memulas tak selesa sebab sebelum tu dia keluar dengan mr.H ke Taiping. sepanjang perjalanan mr.H kata dia tak minum pun bekal air dia. kami fikir mungkin angin la.


cik kasih muntah kat atas toto oren tu sikit. mr.H dah kepenatan cuci muntah & urus dia.

20/7 : 10.00 pagi

actually hari ni kami dah siap2 nak gerak balik KL. cuti raya dah hampir tamat. haa time ni la start cik kasih cirit-birit air. habis kena seluar yang baru je dia pakai. takpela, seluar boleh kita basuh tapi perut dia yang memulas tu macam mana kita nak handle kan.. lepas cirit tu, cik kasih terus lena.opah & wan memang berat hati lagi la nak lepas kami balik hari tu tapi nak buat macam mana. keje dengan orang kan... kalau kerja sendiri lain la.
opah bekalkan nasi, buah2 kampung & tak lupa juga teh kelat yang opah dah baca2 khas utk cik kasih. alhamdulillah, untung cik kasih opah banyak ilmu. kami gerak balik lepas zohor walaupun masa tu cik kasih masih tidur lagi. mama yang buat keputusan nak gerak balik waktu tu sebab risau if dia dah berjaga, perut dia start memulas balik. 


odw nak balik, mr.H bawa cik kasih round lake garden dulu sebab dia baru tersedar dari tidur

20/7 : 8.00 malam

alhamdulillah kami selamat sampai rumah KL dengan keadaan cik kasih yang sangat baik. selesai mandi & unpack apa yang patut, kitorang dinner 1 family. again... tengah makan tu, cik kasih muntah nasi yang dimakan dalam kereta tadi. huh ni memang kami nampak dia lembik lepas muntah tu. mr.H stop makan. setelkan cik kasih & bersihkan muntah terus bawa dia tidur. sebelum tidur tu dia minum air kosong dalam tumbler dia.


tengah lapar... hahaha hentam dulu bekal yang opah kasi (odw nak balik kl)

21/7 : 3.30 pagi

tiba2 cik kasih menangis macam kat kampung hari tu. mata pejam tapi mulut dok merengek. mr.H dalam mamai2 angkat tidur kat karpet. belum apa2 tiba2  pampers dia bocor. kelam mr.H waktu tu. time ni badan cik kasih start rasa panas. tapi lepas dia cirit, selesai cuci tu terus dia lena. sian sangat bila tengok dia. perut dia makin susut, kurang dah buncit.

21/7 : 8.00 pagi

cik kasih bangun muka ceria sangat. tapi bila pegang badan dia stil ada rasa panas2. mama pikir dia aktif so takpela. pantau dulu hari ni macam mana. dia makan minum sampai petang. air teh kelat pun dia boleh telan setengah cawan. mungkin air tu juga bagi perut dia selesa kut.
lega la mama papa time tu.

23/7 : 10.00 malam

siang tu kami ada open house rumah member kat kajang. masa tu memang cik kasih makan macam2. kuah kopok lekor pun dia boleh rasa tau. nasib badan dia ok masa tu. tapi kegembiraan kami tak lama. sebelum dia tidur, dia cirit lagi tapi takla sampai bocor. cuma memang cair & berbau sangat busuk. pampers yang cirit ni kami tak buang sebarangan. kami ikat dalam plastik. mama berdoa sangat hope awal pagi perut dia tak meragam la cz mr.H dah start duty. waktu ni mama dah stopkan susu kat cik kasih cz dari sumber bacaan & pengalaman susu akan lagi terukkan keadaan baby bila cirit.


tengok cik kasih tu... kiri kanan bekerja utk suap masuk mulut hehe
1/8 : 9.30 pagi

semalam kami dah pergi cari "Klinik Dr. Saiful" tapi malangnya tutup sebab hari Ahad kan. so pagi ni mama kata kalau keadaan cik kasih stil cirit lagi, kami akan pergi balik klinik tu. tup-tup sebelum mandi dia cirit, selepas mandi masa tunggu mama papa siap pun dia cirit lagi. tak berlengah dah, terus pecut bawa babyD sekali. 
kami sampai kat klinik tu nasib tak ramai orang. waktu jumpa Dr. Saiful ni mama story sampai Z & reason lambat bawa cik kasih ni g klinik sebab dia masih aktif, selera makan & minum ada, sihat (suhu tak lebih 37.5). Dr. Saiful memang cek cik kasih, tengok dalam mulut, dengar bunyi perut & suhu badan dia. puas hati la mama cz Dr. Saiful tak sekadar dengar cerita mama je utk diagnos sakit cik kasih.

2/8 : 8.30 pagi

mama bagi sarapan kat cik kasih roti bakar pastu minum air kosong + probiotik yang dapat dari klinik. ok, cik kasih minum macam sedap je rasa air tu kan hahaha. mama start pantau kalau2 hari ni dia cirit lagi. sampai petang perut dia ok. makan pun takde masalah.

3/8 : 9.00 pagi

cik kasih tiba2 menjerit macam dia sakit perut tapi sekejap sangat. mama cek, oh dia dah yak tapi kurang dah cirit. tekstur najis lembut tapi tak keras sangat. ok, positive feedback. 

4/8 : 5.30 petang

kali ni cik kasih nampak meneran bersungguh2. mama risau dah. tak kan dia sembelit kut. sebelum mandi, mama cek oh ok... tekstur najis dah cantik. yeaaa alhamdulillah Allah dah sembuhkan anak mama asbab probiotik tu. sangat lega. tapi mama masih pantau keadaan dia. susu dah start bagi tengahari 3/8. so najis pun nampak ok, means anak mama bebas dari simptom Lactose Free.
.
.
hasil dari kajian kami sendiri & jumpa Dr. Saiful...
Rotavirus ni:
- berjangkit. so mungkin cik kasih kena masa beraya tu. atau ada bermain di kawasan yang kurang bersih. 
- bekas makan minum pun jangan berkongsi.
- selepas urus najis, make sure tangan basuh cuci.
- najis cirit kena basmi, ikat dalam plastik & buang terus dalam tong sampah.
- bila 4 hari cirit-birit air tak berhenti, elok terus bawa jumpa Dr. 
- kalau pesakit tak makan minum masa kena cirit-birit ni, elok segera bawa ke klinik
.
.
hmmm ni antara yang dapat kami kongsi. next entri kita cerita details pasal virus Rotavirus yang jahat ni. Boleh klik di sini.

So yang mana ada anak2 kecil bagilah makanan kesihatan @ vitamin tambahan pada mereka. untuk boost sistem imun mereka juga. at least kalau kena sakit pun tak kronik. boleh je tunggu sakit baru nak cari penawar. tapi waktu tu mungkin ambil masa berduka, makan hati dulu la tengok anak macam mama ni huk huk huk.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan