Sabtu, 6 Ogos 2016

merawat cirit-birit / ROTAVIRUS / stomach flu

dah jadi mama papa ni.. cukup emosi bila nikmat kesihatan anak tu diuji. semua hal buat jadi tak kena je.

alhamdulillah, 16/7 hari tu cik kasih dah pun 2 tahun yeaaa http://matcuoi.com meningkat umur dengan bertambah macam ragam dia. mama sempat buat karamel kek je celebrate dengan wan, opah, acik, papa & baby D. tambah dengan banyak makanan & buah-buahan kat umah wan opah tu kira jadi la kanhttp://matcuoi.com



kalau bab makan, cik kasih tak pandang kiri kanan dah hehe


Hari nak dekat balik KL, cik kasih kena ceri-beri. Sebelum tu, pukul 3 pagi muntah. Allah, memang tak lena dah mama papa opah wan nak tidur. Salah makan apa la plak ni. Perut dia dari boolat jadi kempis. Sedih jangan cakap la... bagi makan apa pun taknak. Selalu takyah sua pun, mesti dia ke dapur minta sendiri nak makan.

Sampai kat KL still lagi perut dia tak sihat. Tapi ada positif la. Boleh makan bekal nasi yg opah bagi walaupun sikit. Tu pun mama dah cukup lega. Berdoa moga cepat siihat je.


yeaaa kita time jap... makan time hehe. sian anak mama, lapo ea


Rupa2nya perut dia belum sihat lg. Tengah makan malam dia muntah balik. Awal pagi pukul 3 lebih 3-4 kali bertukar pampers. Alahai sampai lembik la. Sedih sangat. Ni kira 1stime dia kena diarhea yg terok.


Terus mama cik kasih jadi nurse doctor nutritionist pagi tu. Mama susun diet ci kasih. Memang pantau ketat walaupun ada la papa dia suh bagi itu inihttp://matcuoi.com sori bosshttp://matcuoi.com




Pagi tu breakfast bagi PISANG, air kosong je.

SUSU stop dulu. 2 hari mama tak bagi.

Lunch bagi NASI.

Petang tu ROTI MANIS.

Malam plak papa dia buat mashed potato + garlic.



Esoknya menu still sama cuma roti tukar roti bakar + seri kaya. Alhamdulillah. Sangat positif. Perut cik kasih dah ok. Paling mama bersyukur sangat time perut dia tak ok tu air masak dia still boleh telan walaupun tak banyak. Pastu dia boleh telan juga garlic rebus. Hmm utk sistem imun bagus tau garlic ni.

Bila anak sakit ni la mama take note betul macam mana nak sihatkan balik. Anak nak membesar memang akan diuji macam2. dan paling penting diet makan diorang kita kena jaga. Kesihatan ni semua bermula dari perut la. Cara makan orang sihat tak sama dengan cara makan orang sakit. Pantang sekejap utk sihat yg lama berbaloi sangat. 

Selain tu, bagi anak2 yang susah nak telan makanan macam cik kasih kami ni, mama sarankan ambil PD, Vitamin C & Vitalea for Kids. semua vitamin ni perisa / rasa dia mesra kanak2. kalau anak2 masih menyusu, lagi mudah. maknya telan la Vitamin C, Garlic Complex & Nutriferon. In shaa Allah bantu sangat untuk sistem imun badan anak2 & maknyahttp://matcuoi.com


salah satu yang membantu tingkatkan sistem imun badan


alamak sebut pantang ni... hmm rezeki open house telah buat mama terlanggar diet yg sepatutnya.

Ok2 mama kena reset balik ni. Huh hati jiwa mental kena kental http://matcuoi.com  demi babyD mama chayok234. harap apa yang mama kongsikan ni manfaat untuk semua. kita doakan sama2 anak2 kita bebas dari sakit kronik, aamiiinn.



salam cantik & mesra

afzan noor
owner of AFZAN TOUCH BEAUTY SPA

019-5225 782

afzan6r@gmail.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan