Ahad, 21 Ogos 2016

apa yang best kat Telok Chempedak?

sambungan dari entri sebelum ni... kami lepak di Kuantan selama 3H2M di Swiss Gareden Resort. aktiviti pagi petang sudah tentulah mandi pool je. so bila dah sejuk beku perut mula la dok berkeroncong joget2 minta isi hehe.

kami keluar dalam pukul 12 hampir 1 tengahari. jalan area town mula start busy. yela orang opis dah mula keluar nak lunch kan. disebabkan cuaca yang agak hangat time tu so Mr. H pilih tempat makan dalam building untuk keselesaan anak2. 

faham je la kan. budak2 kalau panas mana mahu dok diam dah. nanti hilang selera mood mama papa dia nak makan haha.


tengok rambut cik kasih, basah peluh tu


Mr. H cerewet sikit bila makan tengahari ni. dia mesti nak nasi & lauk pauk kena ada kuah. memang tak pandang la kedai KFC ke, Pizza Hut ke, McD ke... mulut perut melayu tau hehe. maka kami layan kedai makan ala Indon kat dalam Megamall.


masuk kedai nampak Teh Botol dulu haha


lepas habis makan, pusing2 mall sekejap sambil cik kasih cekik papa dia CD upin ipin hehe baru la kami keluar menuju destinasi sebenar. yeaaa moh kiter ke Telok Chempedak.

amboi cik kasih... sedap kena angin laut ya

kita nak jalan2, babyD plak boleh lena. haa kan dah kena dok dalam kangaroo

belakang kami tu ada trak untuk budak2 main. RM10 untuk 10 minit

syok la dapat main pasir. nasib jenis tak geli

aiii ni Mr. H nak snap org depan ni ke yg belakang tu grrrr

budak + nature = genius

muka bangun tidur

dah makin ramai bila hari makin petang. kami pun nak gerak balik hotel mandi pool pula

syoknya kat sini ada astaka, jual makanan minuman, cenderahati. siap ada Drive Thru KFC & McD lagi. sebelum kami balik tu ada nampak mamat2 pegang surfboard. mungkin nak surfing kut. yela time kami lepak situ ombak boleh tahan juga. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan