Jumaat, 19 Ogos 2016

Bercuti di Swiss Garden Resort & Spa Kuantan

Alhamdulillah dapat peluang lagi bercuti bersama famili kecil mama. Setelah lama juga tak rejuvenate kan hehe. So Mr. H bawa kami bercuti di Kuantan yeaaaa.

Siapa tak suka bercuti? Budak2 pun suka, ini kan pula orang tua macam mama ni kan. Tambah2 boleh off tugas di rumah haha. Rasa la jadi bos kejap walaupun stil berkepit dengan anak2.


happy face of us

bercuti kali ni Mr. H pilih hotel Swiss Garden Resort & Spa. ceritanya mr. H dapat voucher yang bakal expired bulan 10 nanti. so dah alang2 lama tak bawa famili kecil dia ambil angin luar, maka kita tebus la bulan ni hehe. kitorang stay kat hotel tu 3H2M je. tu pun cik kasih tak puas mandi pool.


tengok pinggan tu. licin beb. hantu lemang ni hehe


kat sini bukan lemang je. nasi, mee, bihun, kuih muih semua ada la


haaa dah ada anak2 ni, asal pergi bercuti je mesti cari hotel yang ada pool. tak pun bilik yang ada bathtub. dari cik kasih baby lagi dah nampak eager dia suka main air. alhamdulillah, patut la Cik Wan dia panggil cik kasih "budak Sungai Ara". hahaha memang kena sangat la.

hotel ni actually ada 2 jenis tau. yang kami pergi ni Resort & Spa. 1 lagi building Swiss Garden Resort Residence. ni more to apartment. dua-dua ada tempat mandi cuma yang apartment tu tempat mandi dia nampak lagi best la. in shaa Allah next time kitorang try yang tu plak. haaa nampak tak, dah planning hokey hehe.


dah namanya hotel 4 bintang kan. kami follow je, luggage settle hehe


selesai urusan check in, kami terus naik bilik. anak2 pun dah penat kan. nasib la dah singgah makan dulu. cik kasih of course la dah sebut "sungai" dia sebab dah tunjuk pool sebelum naik bilik tu. yang mama ni excited nak tengok bilik sebab Mr. H minta bilik hadap laut.


view dari bilik kami. depan nun pantai. best sangat


haaa bestnya hotel ni sebab dia ada kawasan pantai persendirian tau. so pagi petang malam uolls nak jalan2 situ pun tak risau amik angin. siap ada mini bar lagi.


yeaaa tak zabar nak landing


bilik air dia not bad. berus gigi & ubat gigi pun dapat tau


siap ada cermin besar sangat dalam bilik air


takyah susah2 nak cari iron kat luar bilik


alhamdulillah, mama puas hati dengan bilik dia. yela hotel 4 bintang kut. semua yang kita nak ada dalam bilik tau. cuma yang tak best lantai dia. mama prefer karpet sebab bila bangun pagi takde la kesejukan nak pijak lantai tu huhu.

bercuti dengan famili dengan anak kecil kat Kuantan ni bagi mama recommended la. keadaan sekeliling hotel pun selesa. suasana kampung, senang cari makan (sebab tu kami tak breakfast kat hotel), ada tempat lepak yang sesuai untuk famili ada baby. tambahan pula ada kawasan pantai kan, layan angin dari Laut China Selatan tu. so bagi siapa nak release tension, nak lari dari suasana sibuk bandar, boleh la datang sini.

famili kecil mama


ni la aktiviti pagi petang sepanjang dok hotel


1stime babyD dalam pool


RM 12.00 untuk 2 nasi lemak, 1 nasi dagang, 8 biji kuih


malam ke2 layan dinner sini. recommended


walaupun ramai orang tapi servis laju


susah benar nak dapat pic cun kalau bergambar dengan si kecik nih @lobby hotel


time to sleep zZzzZz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan