Khamis, 25 Ogos 2016

ekzema... jangan tersalah rawat

bila cerita bab ekzema ni, mama sangat emosi. 

mama sampai terfikir dah tak nak anak lagi selepas babyD ni tapi mana mungkin. bukan kita yang tentukan rezeki anugerah terbesar zuriat ini kan.

semua salah mama yang mana tak jaga pemakanan sebelum & semasa kehamilan. impak yang sangat besar dalam hidup mama.

tapi alhamdulillah, dengan cara rawatan yang mama pelajari & berkongsi pengalaman, babyD dah semakin pulih. 


makin pulih kulit muka anak mama


in shaa Allah doakan babyD & anak2 kita yang lain bebas daripada penyakit auto-immune ini.



BERMULANYA KISAH...

pada awalnya mama nampak bintik-bintik merah kat muka babyD. memang tak terfikir langsung pasal ekzema. 

mama fikir babyD mungkin terkena ruam susu sebab keadaan mama yang menampung babyD masa menyusu sambil tahan sakit tu agak tak memuaskan macam mana mama jaga Cik Kasih dulu.

so untuk tindakan yang paling pantas, mama GOOGLE je kat hp. sementara tu kita tempek la bedak sejuk buatan kampung sebagai ubat untuk redakan ruam tu.


time ni sampai ke kepala mama lumur bedak sejuk & EVOO


lepas tu mama jumpa entri yang mana dia sapu EVOO. so mama tenyeh yang tu plak.

yup, memang dalam seminggu dah nampak kesan. kulit dah kurang merah tapi bila salah makan, ekzema tu naik balik.


time ni mama pasrah je


Mr. H pun try rujuk dengan kawan2 dia. kita ni bila bab kawan memang senang percaya.

kali ni kami belilah VCO sebab anak sorang kawan Mr. H ni kena ruam juga kat leher & muka. lepas guna VCO hilang katanya.

mama pun tenyeh VCO tapi sebelum tu mama cuci dulu muka babyD dengan CMD (pati mineral). harap mujarab la pakai barang semulajadi & pati ni.


rashes naik kali ke-2


happy sangat mama bila tengok kulit muka dah sihat,
rupanya ini baru permulaan


bersih dah. waktu ni confident rashes takkan naik lagi

ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan lagi di tengahari.

nasib famili kami diuji lagi, lepas babyD kena cucuk vaksin umur 3 bulan rashes tu naik balik. kali ni agak merah & ada berair.


time ni fikir apa lagi ubat nak tenyeh bagi hilang rashes tu


mama & Mr. H dah give up sangat2. so kami ambil last ikhtiar dengan jumpa doctor pakar kat sebuah klinik ni. sebenarnya mama dah tau, baby kecik ni kena sangat elakkan dari penggunaan steroid tapi akhirnya mama mengalah sebab tak tahan tengok anak sendiri tersiksa.



1 ubat cuci & 1 lagi ubat yg doctor sendiri pun minta sapu nipis je
& stopkan penggunaan bila kulit dah baik

hari2 babyD garu muka sampai berdarah baju. bukan setakat basah dengan air bisa sahaja.

ujian kami tak terhenti kat sini.

lepas pakai ubat klinik tu memang kulit sangat cepat baik. 4 hari dah hilang merah tu tapi 5 hari selepas tu...


result lepas pakai hydrocort 


makin teruk selepas sihat dari ubat hydrocort

hati mak mana tak luluh.

elok kulit cantik, sekali kena serang makin parah. masa ni mama keluar air mata je. tak sanggup nak tengok keadaan anak mama.

hari2 basuh baju babyD sental untuk hilang darah & air bisa.

masa ni la Allah buka mata & hati mama untuk terjumpa dengan 1 group ni yang anak diorang pun terkena ekzema 1 badan.

ada hikmah di sebalik ujian ini. ya, Allah turunkan dugaan ni pada famili kami sebab Dia Maha Mengetahui bahwa kami boleh hadapi. dan untuk kami sebarkan juga pada semua yang mana ekzema boleh diubati.

alhamdulillah, moga ikhtiar kami ni dapat melenyapkan sel-sel ekzema & hilangkan juga darah bertoksik dalam badan babyD.


bersih putih anak mama saat keluar dari perut mama


saat dalam pantang


keadaan anak mama sekarang yang semakin pulih @7 month


boleh juga ambil tahu Apa Itu Ekzema? secara amnya dan cara afzan merawat kulit babyD.

Nak mencuba supplemen, produk sepanjang afzan merawat babyD? Boleh klik button esell ni ya. Dan kemudian boleh klik link wasap untuk dapatkan consultation cara makan juga jadual pemakanan harian.









salam cantik & mesra

afzan noor
owner of AFZAN TOUCH BEAUTY SPA


afzan6r@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan